
Kausar Hijau adalah madu dari bunga tanaman dan pucuk daun yang dapat memberi rasa musim bunga dan juga memberi kesegaran kepada kulit anda. Ia dapat membantu menambah stamina dan tenaga untuk anda melakukan kerja dan aktiviti sukan.
Penjagaan Kulit:Oleh kerana madu Kausar Hijau dikumpul dari bunga tanaman dan pucuk daun musim bunga, kandungan humectants (kelembapan) yang berkualiti dapat mengekalkan kelembapan kulit, dan juga membuatkan kulit anda tegang dan kelihatan lebih muda.
Pembekal tenaga:Kausar Hijau mengandungi kandungan glukosa dan fruktosa semulajadi yang tinggi berbanding dengan madu-madu asli yang lain. Ia merupakan satu sumber tenaga yang baik. Ia juga sumber nutrisi yang terbaik bagi atlit-atlit sebelum melakukan senaman dan juga selepas melakukan sukan kerana ianya dapat mengembalikan tenaga yang telah hilang semasa melakukan aktiviti sukan.
Pertumbuhan Kanak-kanak: Bekalkan anak-anak anda yang dikasihi dengan kebijaksanaan dan kesihatan. Dengan memberikan anak-anak anda Kausar Hijau, ia dapat membuatkan mereka cergas, cerdas dan lebih segar dan aktif semasa berada di sekolah mahupun bermain-main di taman permainan. Kebanyakkan anak-anak kini tidak suka makan sarapan pagi, jadi berilah mereka Kausar Hijau sebagai sarapan pagi yang lengkap.